Showing posts with label Kompleks Kraf Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Kompleks Kraf Langkawi. Show all posts

KOMPLEKS KRAF LANGKAWI




KOMPLEKS KRAF LANGKAWI ialah One Stop Craft  Centre *bagi jualan hasil kraf di Pulau Langkawi* yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk  memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia.

Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.

Pelbagai aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf Malaysia. Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha /usahawan dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.

Waktu Operasi : 10am - 6pm | Setiap Hari
Lokasi : Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi.
Tarikan Lain : 
Bayaran : PERCUMA.
Laman Web : Kompleks Kraf Langkawi.

Kemaskini : November 2013

ShareThis