Showing posts with label Laman Padi. Show all posts
Showing posts with label Laman Padi. Show all posts

LAMAN PADI




LAMAN PADI adalah merupakan sebuah produk pelancongan yang berasaskan eco-pelancongan dimana budaya dan tamadun masyarakat Melayu di dalam aktiviti penanaman padi dikekalkan dan dilestarikann secara hidup. Laman padi siap di bina dan mula beroperasi pada tahun 1998. Berkeluasan 14.28 ekar merangkumi kawasan pertanian seluas 8.60 ekar yang berkonsepkan alam semulajadi perkampungan. Pelbagai aktiviti dikekalkan sebagai satu Muzium Hidup untuk diwarisi sebagai satu kaedah kepada generasi mendatang. 


Unit ini berfungsi untuk :

> Meningkatkan kualiti dan taraf masyarakat petani melalui pengalaman dalam pertanian secara tradisional.

> Untuk mewujudkan dan untuk mendapatkan Muzium Hidup yang akan menunjukan aktiviti sebenar penanaman padi secara tradisional dan moden dijalankan.

> Mengintegrasikan amalan penanaman padi secara tradisional dan budaya hidup petani ke dalam pakej agro pelancongan.

> Meningkatkan kualiti dan taraf masyarakat petani melalui pengalaman dalam pertanian secara tradisional


Lain-lain :

> Pengunjung berkesempatan menikmati pemandangan sawah padi atas bagunan yang ditanam secara bertingkat.

> Pelajari perbagai herba yang boleh menyembuhkan panyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

> Pengunjung boleh juga menyelami lagi kehidupan petani dan menghayati kehijauan sawah dengan mengharungi lumpur serta menyertai aktiviti-aktiviti persawahan sebagaimana dilakukan oleh petani dalam kehidupan harian mereka sebagai pesawah.


Waktu Operasi :
Lokasi : Pantai Chenang, Mukim Kedawang 07000, Langkawi Kedah Darul Aman.
Tarikan Lain : Muzium Padi, Restoren dan SPA.
Bayaran : RM2 (Dewasa) | PERCUMA (Kanak-Kanak)

Kemaskini : November 2013

ShareThis