Showing posts with label Beras Terbakar. Show all posts
Showing posts with label Beras Terbakar. Show all posts

BERAS TERBAKAR




BERAS TERBAKAR merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Beras Terbakar ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik perseorangan.

Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Berlaku pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan panglima-panglima yang hebat di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan Sumpahan Mahsuri.

Waktu Operasi : 9am – 5pm
Lokasi : Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat.
Tarikan Lain : Bazar-bazar kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata.
Bayaran : PERCUMA.

Kemaskini : Februari 2013

ShareThis