BERAS TERBAKAR merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras
terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi
daripada serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Tempat ini terletak di
Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Beras Terbakar ini kini terletak di dalam kawasan
tanah milik perseorangan.
Mengikut cerita orang terdahulu, Pemerintahan Pulau Langkawi
bertempat di Kampung Raja. Selepas kejadian pembunuhan Mahsuri atas perintah
Datuk Kerma Wijaya, Pulau Langkawi telah diserang oleh pihak Siam. Berlaku
pertempuran yang dahsyat sehingga mengorbankan Datuk Kerma Wijaya dan
panglima-panglima yang hebat di Selat Berhala Balik yang kini merupakan selat
jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Melihat kepada keadaan yang tidak memihak kepada pihak Datuk Kerma
Wijaya, beliau telah mengarahkan penduduk Langkawi supaya menanam beras
simpanan yang ada agar tidak jatuh ke tangan pihak musuh. Kesan kekalahan itu
telah menyebabkan beras simpanan yang ditanam itu telah terbakar. Kekalahan
Datuk Kerma Wijaya dan kejadian beras terbakar dikatakan ada kaitan dengan
Sumpahan Mahsuri.
Waktu Operasi : 9am – 5pm
Lokasi : Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat.
Tarikan Lain : Bazar-bazar kecil yang menjual pelbagai barangan
seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata.
Bayaran : PERCUMA.
Kemaskini : Februari 2013