Terletak
709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua
tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Sepanjang
20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan
hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara
dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.
Mengembara
di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen
gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar.
Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini
akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.
Di
puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan
pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke
jambatan gantung agak jauh.
Waktu Operasi : 10am - 7pm
Lokasi : Jalan
Telaga Tujuh, Burau Bay Pantai Kok Beach, 07000 Pantai Tengah.
Tarikan Lain :
Bayaran : RM15 (Dewasa/MyKad) | RM10 (Kanak-Kanak/MyKid/2-12 tahun) @ RM30 (Dewasa) | RM20 (Kanak-Kanak)
Kemaskini : November 2013