KOMPLEKS KRAF LANGKAWI ialah One Stop Craft Centre *bagi jualan hasil kraf di Pulau Langkawi* yang telah ditubuhkan di Langkawi pada tahun 1996 untuk memudahkan para pelawat membeli kraf Malaysia.
Kompleks
Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai
produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang
berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari
Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu
masuk utama ke Pulau Langkawi.
Pelbagai
aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk
datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain
itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf
Malaysia. Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan
acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk
dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha /usahawan dari semenanjung,
Sabah dan Sarawak.
Kompleks
Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan
dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama
di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak
lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
Waktu
Operasi : 10am - 6pm | Setiap Hari
Lokasi
: Teluk
Yu, Mukim Bohor, 07000
Langkawi.
Tarikan
Lain :