MAKAM
MAHSURI adalah kubur puteri lagenda – Mahsuri. Terletak di Kampung Mawat, 12km
dari Kuah, juga lebih dikenali sebagai Makam Mahsuri. Kebanyakan tarikan
semulajadi di Pulau Langkawi mempunyai cerita-cerita dongeng/ mitos yang
disertakan dalam gaya Melayu yang sebenar dan Mahsuri adalah lagenda yang
paling terkenal di pulau ini.
Cerita
ini bermula dengan seorang gadis cantik (atau puteri oleh sesetengah gambaran/
sumber). Dilahirkan lebih 200 tahun yang lalu, yang berkhawin dengan suaminya
ketika konflik dengan Siam. Suami Mahsuri telah pergi berjuang dalam
peperangan. Sewaktu permergian suaminya Mahsuri telah dituduh berzina dan
dihukum. Darah putih mengalir dari tubuh Mahsuri dan dia telah bersumpah
Langkawi akan menjadi ‘Padang Jarak Padang Tekukur Selama 7 Keturunan’...
Waktu
Operasi : 8am - 6pm
Lokasi
: Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka
Tarikan
Lain : Telaga Mahsuri, rumah Mahsuri serta perlatan semasa zamannya.
Kemaskini
: Februari 2013